BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 22 June 2011

program di perak..

PERAK, 11 Jun - Kelab Pamadam UPNM telah berkerjasama dengan sebuah badan pertubuhan NGO iaitu Islamic Reliaf Malaysia (IRM) telah mengadakan suatu program “Orphanage Integrated Sustainable Development Program (OISDeP)”.

            Program ini bertempat di Rumah Anak- Anak Yatim/Miskin Darul Hikmah. Program ini adalah bertemakan “Training & Education Clinic”. Seramai 10 orang pelajar UPNM yang juga bertindak sebagai fasilatator dan diiringi oleh seorang pegawai dari UPNM iaitu En.Rizal Bin Abu Bakar telah bersama - sama dalam menjayakan program ini. 

            Aktiviti pertama yang dijalankan pasukan UPNM ialah memperkenalkan diri masing - masing dalam kumpulan yang besar, pembahagian kumpulan.setiap kumpulan telah diberikan suatu tugasan iaitu mereka perlu mencari nama kumpulan, motto dan gaya kumpulan masing - masing. Aktiviti dijalankan dengan lancar.

            Selepas Zohor, Pasukan UPNM  telah meneruskan aktiviti “dulu, kini dan akan datang”. perlawanan persahabatan bola sepak ,bermain bola beracun.
Aktiviti pada sebelah malam pula, adik - adik Rumah Darul Hikmah telah diberi tugasan untuk membuat jadual harian masing - masing.

           Keesokan harinya, selepas Subuh, adik - adik ini telah dibawa berjalan-jalan disekitar kawasan rumah. Aktviti ini dinamakan “Aku dan Alam”. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran tentang kebesaran Allah. Contohnya,kita bernafas menggunakan gas oksigen, tanpa gas oksigen kita akan mati.Gas karbon dioksida itu adalah milik Allah. Allah telah pinjamkan kepada kita sebagai tanda sayangkan kepada umatnya. Oleh itu, sebagai umatnya, kite harus taat segala perintah dan meninggalkan segala laranganNYA.

            Aktiviti terakhir yang dijalankan sebelum pasukan UPNM pulang, adalah ‘aku dan masa depan’. Adik - adik yang beumur 10 hingga 17 tahun ini telah diberikan sehelai kertas untuk menulis pencapaiannya dalam akademik dan mereka haruslah menetapkan target mereka dalam perperiksaan awam. Semasa mereka menjalankan aktiviti ini, para fasilatator membantu mereka seperti menanyakan masalh mereka dalam pembelanjaran, dan hala tuju mereka setelah tamat peperiksaan awam. Bagi adik - adik yang berumur 5 hinnga 9 tahun, mereka diberi tugasan melukis apa yang mereka gambarkan mereka pada masa hadapan. Kesemua pencapaian akademik mereka telah dibawa pulang oleh para fasilatator untuk dianalisa tentang kelemahan,kelebihan dan potensi mereka.

            Setelah tamat aktiviti terakhir, suatu majlis penutup telah diadakan. Dalam majlis tersebut, pengetua Rumah Darul Hikmah telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat. Turut hadir dalm majlis tersebut ialah wakil dari IRM.  Penyampaian hamper kepada setiap kumpulan turut diadakan. Majlis penutup tamat dengan sesi bergambar dan bersalam. Pasukan UPNM telah dihantar pulang dengan lambaian adik - adik yang mengharapkan akan ada siri ke - 2 pada masa hadapan.        
           

0 comments: