BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 15 June 2011

aktiviti di M.O.R.I.B...

Pada 10 hingga 12 jun 2011 kelab PEMADAM IPT UPNM telah menganjurkan satu khusus "training of traineer" kepada para pelajar UPNM dan khusus ini juga disertai oleh 4 buah Universiti tempatan iaitu UKM, UPSI, UPNM dan USIM. seramai 26 orang peserta telah menyertai khusus ini. Khusus yang dijalankan ini mendapat pemantauan daripada pihak PEMADAM sendiri. Setiap peserta telah diberi peluang untuk memberi pengucapan awam dan pihak juri akan memberi sedikit komen terhadap hasil daripada pembentangan tersebut. Tajuk yang diberikan kepada para peserta adalah berkaitan dengan dadah. Masa yang diperuntukkan untuk para peserta membuat pengucapan awam adalah sebanyak 10 min. Sebanyak 3 sesi telah dijalankan kerana kekurangan masa. Melalui aktiviti ini, para peserta telah diberi pendedahan bagaimana untuk memberi pengucapan awam, mendapat maklumat tentang dadah dan banyak lagi. Jadual aktiviti untuk para peserta adalah tidak terlalu berat. Hal ini demikian kerana, pihak penganjur iaitu Kelab PEMADAM UPNM tidak mahu peserta merasa letih berikutan aktiviti yang terlalu berat. Selain daripada aktiviti pengucapan awam, para peserta turut melalukan aktiviti riadah pada sebelah pagi dan petang.





para peserta mendengar taklimat daripada En. Shah
selaku pengarah projek.


salah seorang peserta memberi pengucapan awam.


semasa makan.


aktiviti riadah para peserta pada sebelah petang.



0 comments: