BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 16 October 2011

agaknya dah lama admin x berceloteh di sini..memandangkan admin skrg agak cbuk dengan urusan di kolej..hehehe...untuk pengetahuan semua buat masa ini aktiviti sukarela kelab pemadam upnm tidak menjalankan prog lagi kerana masing2 masih sibuk dengan tanggungjwab terhadap pelajaran..maklum la UPNM nie bz sket coz kitorg ada latihan ketenteraan pd weekend.. so aktiviti kelab kena di kurangkan sket untuk elak pertindihan..tetapi dari pengetahuan admin akan ada 1 prog baru untuk ahli kelab..tetapi masih dalam perbincangan lagi..harap2 jadi la..boley jugak la budak2 junior n ahli kelab yang lama mengisi kekosongan bila xder training PALAPES ujung minggu..agak lama kot x join prog sukarela nie..last masa raya...mmg sgt2 banyk prog yang admin x sempat nk update aktiviti rakan2 kelab..insyaallah admin akan try cari report aktiviti pada bulan puasa yang lalu ok..:)



*untuk apa2 update...just visit our official fb (pemadam upnm)

Friday 26 August 2011

raya

tak lama lagi semua umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri..alhamdulillah....prog bersama islamic relief yang dijalankan hari tu mendapat sambutan..di harapkan aktiviti ini dapat memberi sedikit manfaat kepada para peserta...
selamat hari raya buat semua...

Wednesday 22 June 2011

new program!!

kelab PEMADAM UPNM akan menghantar 10 orang wakil kelab ke mitc melaka untuk menjadi pemerhati bagi mesyuarat agong pemadam kebangsaan. program tersebut akan berlangsung pada 25-26 jun 2011.

program di perak..

PERAK, 11 Jun - Kelab Pamadam UPNM telah berkerjasama dengan sebuah badan pertubuhan NGO iaitu Islamic Reliaf Malaysia (IRM) telah mengadakan suatu program “Orphanage Integrated Sustainable Development Program (OISDeP)”.

            Program ini bertempat di Rumah Anak- Anak Yatim/Miskin Darul Hikmah. Program ini adalah bertemakan “Training & Education Clinic”. Seramai 10 orang pelajar UPNM yang juga bertindak sebagai fasilatator dan diiringi oleh seorang pegawai dari UPNM iaitu En.Rizal Bin Abu Bakar telah bersama - sama dalam menjayakan program ini. 

            Aktiviti pertama yang dijalankan pasukan UPNM ialah memperkenalkan diri masing - masing dalam kumpulan yang besar, pembahagian kumpulan.setiap kumpulan telah diberikan suatu tugasan iaitu mereka perlu mencari nama kumpulan, motto dan gaya kumpulan masing - masing. Aktiviti dijalankan dengan lancar.

            Selepas Zohor, Pasukan UPNM  telah meneruskan aktiviti “dulu, kini dan akan datang”. perlawanan persahabatan bola sepak ,bermain bola beracun.
Aktiviti pada sebelah malam pula, adik - adik Rumah Darul Hikmah telah diberi tugasan untuk membuat jadual harian masing - masing.

           Keesokan harinya, selepas Subuh, adik - adik ini telah dibawa berjalan-jalan disekitar kawasan rumah. Aktviti ini dinamakan “Aku dan Alam”. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran tentang kebesaran Allah. Contohnya,kita bernafas menggunakan gas oksigen, tanpa gas oksigen kita akan mati.Gas karbon dioksida itu adalah milik Allah. Allah telah pinjamkan kepada kita sebagai tanda sayangkan kepada umatnya. Oleh itu, sebagai umatnya, kite harus taat segala perintah dan meninggalkan segala laranganNYA.

            Aktiviti terakhir yang dijalankan sebelum pasukan UPNM pulang, adalah ‘aku dan masa depan’. Adik - adik yang beumur 10 hingga 17 tahun ini telah diberikan sehelai kertas untuk menulis pencapaiannya dalam akademik dan mereka haruslah menetapkan target mereka dalam perperiksaan awam. Semasa mereka menjalankan aktiviti ini, para fasilatator membantu mereka seperti menanyakan masalh mereka dalam pembelanjaran, dan hala tuju mereka setelah tamat peperiksaan awam. Bagi adik - adik yang berumur 5 hinnga 9 tahun, mereka diberi tugasan melukis apa yang mereka gambarkan mereka pada masa hadapan. Kesemua pencapaian akademik mereka telah dibawa pulang oleh para fasilatator untuk dianalisa tentang kelemahan,kelebihan dan potensi mereka.

            Setelah tamat aktiviti terakhir, suatu majlis penutup telah diadakan. Dalam majlis tersebut, pengetua Rumah Darul Hikmah telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat. Turut hadir dalm majlis tersebut ialah wakil dari IRM.  Penyampaian hamper kepada setiap kumpulan turut diadakan. Majlis penutup tamat dengan sesi bergambar dan bersalam. Pasukan UPNM telah dihantar pulang dengan lambaian adik - adik yang mengharapkan akan ada siri ke - 2 pada masa hadapan.        
           

program di CHEMOR..


PROGRAM ANAK YATIM DI CHEMOR, PERAK.

11-12 JUN 2011 (SABTU & AHAD)

                Kelab PEMADAM UPNM telah menghantar seramai 8 orang pelajar awam dan 3 orang kadet sebagai fasilitator bertolak dari UPNM pada jam 0800 bersama Islamic Relief Malaysia dan  tiba di rumah anak yatim pada jam 1230. Terdapat 19 orang anak yatim dari pelbagai umur di sana. Anak-anak yatim tersebut dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sesi suaikenal. Antara aktiviti yang dilakukan untuk hari tersebut adalah ice-breaking, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan akltiviti riadah. Pada malamnya ada majlis tahlil dan ada tayangan video .

                Keesokan harinya hanya terdapat kuliah subuh yang disampaikan oleh Pak Lang dan LDK. Penyampaian hadiah dilakukan oleh Puan Faizah kepada anak-anak yatim. Kami bertolak pulang dari Chemor, Perak pada jam 1200.

                Harapan kami agar anak-anak yatim tersebut dapat diberi lebih perhatian untuk masa depan mereka dan kami dapat peluang untuk kembali kerumah anak yatim tersebut.

PROGRAM DI BUKIT GANTANG..

 EDUCATION CLINIC PROGRAMME
 
Pada 11 jun 2011 kelab PEMADAM UPNM  dengan kerjasama Islamic Relief Organization telah menganjurkan satu program iaitu Education Clinic Programme. Program ini berlangsung selama 2 hari iaitu bermula pada 11 Jun hingga 12 Jun 2011 di Rumah Anak Yatim Nur Hidayah di Bukit Gantang, Perak. Seramai 7 orang fasilitator yang terlibat dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan 2 orang pegawai dari Islamic Relief Organization. Seramai 17 orang anak yatim yang terlibat dan kesemuanya adalah perempuan. Sebilangan besar penghuni di situ masih mempunyai waris, tetapi kurang bernasib baik dari segi ekonomi keluarga.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan, antaranya ialah Ice Breaking, Malam Kebudayaan, riadah petang iaitu bola baying dan Ulat gonggok telinga karat. Semua fasilitator harus melibatkan diri  supaya lebih rapat dan mesra dengan anak yatim tersebut.

Matlamat kami akhirnya tercapai apabila segala aktiviti yang diadakan diterima baik oleh semua anak yatim. Majlis penutupan disempurnakan oleh wakil dari Islamic Relief Organization. Harapan kami program sebegini harus diteruskan demi mengeratkan ukhuwah yang telah terjalin antara kami.


        

para fasilitator bergambar dengan peserta program... 


 

kemesraan antara fasilitator dan peserta...