BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 22 June 2011

PROGRAM DI BUKIT GANTANG..

 EDUCATION CLINIC PROGRAMME
 
Pada 11 jun 2011 kelab PEMADAM UPNM  dengan kerjasama Islamic Relief Organization telah menganjurkan satu program iaitu Education Clinic Programme. Program ini berlangsung selama 2 hari iaitu bermula pada 11 Jun hingga 12 Jun 2011 di Rumah Anak Yatim Nur Hidayah di Bukit Gantang, Perak. Seramai 7 orang fasilitator yang terlibat dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan 2 orang pegawai dari Islamic Relief Organization. Seramai 17 orang anak yatim yang terlibat dan kesemuanya adalah perempuan. Sebilangan besar penghuni di situ masih mempunyai waris, tetapi kurang bernasib baik dari segi ekonomi keluarga.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan, antaranya ialah Ice Breaking, Malam Kebudayaan, riadah petang iaitu bola baying dan Ulat gonggok telinga karat. Semua fasilitator harus melibatkan diri  supaya lebih rapat dan mesra dengan anak yatim tersebut.

Matlamat kami akhirnya tercapai apabila segala aktiviti yang diadakan diterima baik oleh semua anak yatim. Majlis penutupan disempurnakan oleh wakil dari Islamic Relief Organization. Harapan kami program sebegini harus diteruskan demi mengeratkan ukhuwah yang telah terjalin antara kami.


        

para fasilitator bergambar dengan peserta program... 


 

kemesraan antara fasilitator dan peserta...

0 comments: